Thursday, 14 December 2017

Adakah Anwar Tak Restui Mahathir Calon PM? - Rizal Mansor

Related image

Selepas 10 hari gabungan pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan,

Mengulas perkara itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, semua pihak menanti maklumbalas bekas ketua pembangkang itu sama ada merestui atau tidak pemilihan bekas musuh politiknya.

“Apakah Anwar sudah tahu mengenai rancangan Mahathir untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai PM selepas beliau mengisinya untuk setahun dua sahaja dengan Anwar akan dikira sudah begitu tua pada ketika itu.

“Apakah sikap menyepi Anwar itu juga menandakan keretakan yang semakin parah dalam Pakatan Harapan menjelang PRU-14, selepas semua orang tahu DAP tidak lagi menyokong Anwar sebagai PM, sebaliknya makin cenderung kepada Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Rizal (foto) juga mendakwa DAP dan PPBM sedang bergelut bagi menamakan calon-calon masing-masing untuk menerajui kementerian utama antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Image result for rizal mansor

“Itu belum termasuk ‘perebutan’ yang bakal berlaku dalam kerusi ketua menteri Pulau Pinang jika Lim Guan Eng dimasukkan ke penjara dalam skandal banglonya dengan DAP nak pertahan dan PKR sudah kemaruk nak menduduki kerusi tersebut,” katanya lagi.

Pada awak Disember, Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Sebelum ini pemimpin kanan pembangkang melantik Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan Persekutuan.
Reactions: