Friday, 15 December 2017

Perdana Menteri Terima Anugerah Tertinggi Bahrain, Bukti Semua Dakwaan Pembangkang Karut


Datuk Seri Najib Tun Razak menerima anugerah ‘King Hamad Order for Development’ daripada Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa, hari ini. Anugerah berkenaan merupakan anugerah tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Bahrain.

Bukan itu sahaja, penerima-penerima anugerah tersebut sebelum ini terdiri daripada rakyat Bahrain sahaja dan kini mencatat rekod apabila Najib merupakan pemimpin asing pertama dikurniakan anugerah itu.

Ternyata, anugerah berkenaan merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Perdana Menteri dan lebih bermakna ia menunjukkan Bahrain mengiktiraf sumbangan Perdana Menteri terutama dalam dunia Islam.

Jika dilihat, Malaysia antara negara yang paling lantang menyuarakan mengenai isu-isu agama. Lihatlah bagaimana Najib membawa suara dan ketegasan Malaysia mengenai Rohingya dan Palestin.

Malah Datuk Seri Najib adalah sesatunya Perdana Menteri Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Lihat juga bagaimana dunia luar memperakukan apa yang dilakukan oleh Malaysia. Dalam isu Myanmar umpamanya.

Bermula dengan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, di Stadium Taman Tasik Titiwangsa tahun lalu, momentum perjuangan Najib untuk membela nasib etnik Rohingya tidak pernah padam. Bukan sekadar menyuarakan pandangan dan kebimbangan, namun meneruskan langkah susulan.

Kemudian beliau membawa isu kekejaman junta Myanmar dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat di White House. Hasilnya AS membuka mata dan menghantar Setiausaha Luar Amerika Syarikat ke Myanmar bagi melihat sendiri keadaan di sana.

Di Cox Bazar, Bangladesh, kerajaan Malaysia turut memberikan sumbangan RM3.5 juta untuk membina hospital kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh.

Begitu juga dalam isu Palestin. Meskipun Najib mempunyai hubungan baik dengan Trump, namun beliau tidak berasa bimbang dan takut untuk meluahkan kemarahan umat Islam apabila Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel oleh AS. Najib malah lebih lantang dan menegaskan beliau tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Jika ikut logik pembangkang, sudah pasti Najib tidak layak menerima anugerah berkenaan kerana beliau dituduh korup tetapi ternyata ia tidak benar. Jika betul Najib korup, adakah Raja Bahrain akan menjemput Najib ke istana untuk menerimanya?

Dengan pengiktirafan ini, ia sekali gus menolak dakyah palsu pembangkang yang mengaitkan Najib dengan rasuah. Sekali lagi pembangkang termalu kerana ternyata serangan dan tindakan mereka memburukkan imej Najib hingga ke luar negara tidak berjaya.

Pemberian anugerah tertinggi dari Raja Bahrain ini satu pengiktirafan tertinggi buat Malaysia. Bukti apa yang pembangkang cakap adalah tidak betul. Imej Najib dan Malaysia semakin baik di kalangan dunia Islam.


Reactions: