Saturday, 16 December 2017

Simulasi Keselamatan PRU 14 Oleh PDRM DiPandang Remeh Oleh Pembangkang - Zambry


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas sikap pembangkang yang mempersenda hal keselamatan susulan tindakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan simulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Ipoh hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman sosial Twitternya petang tadi.

Bekas menteri besar Perak itu memuat naik status berbunyi “Never in the history, PDRM been instructed to conduct special training prior to GE14, main roads in Ipoh closed, for what? desperation?

(“Tidak pernah dalam sejarah, PDRM telah diarahkan untuk mengadakan latihan khas sebelum PRU14, jalan-jalan utama di Ipoh ditutup, untuk apa? terdesak?.

Datuk Seri Zambry turut berkata tindakan pembangkang mengeluarkan kenyataan seumpama itu membuktikan parti tersebut mengambil mudah isu keselamatan negara.

“Hal-hal keselamatan kita orang politik janganlah memandai. Kita hormat pasukan keselamatan, mereka jalankan tanggungjawab mereka,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Kembali Semula ke Sekolah”.

Seramai 7,679 pegawai dan anggota polis daripada Kontinjen Perak terlibat dalam Latih Amal Ex-Undi Percubaan PRU14 selama dua hari bermula semalam di seluruh negeri itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya tersebut.
Reactions: