Wednesday, 31 January 2018

Demokrasi Zaman Mahathir Hanya Omongan Kosong


Tun Mahathir Mohamad kini  dicabar untuk memperjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia jumlah sebenar parti baharu yang berjaya didaftarkan melalui Jabaran Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Penjelasan ini amat penting untuk mendedahkan sikap sebenar bekas Perdana Menteri itu yang sentiasa cuba mengekang demokrasi mengikut acuan semasa pemerintahannya selama 22 tahun.

Pada era Tun Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri  ROS juga telah diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri untuk mendaftarkan Parti Baharu menentang UMNO pada masa Tun Mahathir masih lagi menjadi Presiden UMNO bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebaliknya demokrasi jelas sentiasa hidup subur pada zaman Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dimana untuk mendaftarkan Parti Baharu dengan dokumen yang lengkap hanya mengambil masa kurang dari 60 hari,

Mengulas tuduhan Tun Mahathir kononnya ROS dengan sengaja melengah lengahkan kelulusan Pakatan Harapan untuk menjejaskan persiapan menghadapi PRU Ke 14, Zulkarnain berkata ia jelas satu tuduhan yang cukup jahat terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Jelasnya, ROS sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa sehingga kini pendaftaran PH masih belum didaftarkan, malah menurut beliau lagi, PH harus menyedari bahawa selepas diberikan amaran oleh ROS, PPBM yang telah didaftarkan pada 8 september 2016 juga baru mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya pada 30 Disember 2017, begitu juga dengan pemilihan semula Parti DAP.

“Mungkin alasan seumpama ini juga menjadi salah satu faktor kenapa sehingga kini Pakatan Harapan masih belum didaftarkan,

Zulkarnain dalam pada itu turut menasihati Tun Mahathir agar bersabar dan membiarkan sepenuhnya ROS membuat proses pendaftaran mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan tersebut.

Malah, jelasnya, ROS mempunyai hak untuk memproses kesemua pendaftaran parti tanpa ada apa-apa tekanan tidak seperti di zaman Tun Mahathir masih lagi menjadi Menteri Dalam Negeri.
Reactions: