Friday, 9 February 2018

Azmin Sedap Naik Gaji, Rakyat Sengsara Dapat Cukai Tinggi


Selama ini Azmin Ali sering melaungkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR merupakan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Tapi hakikatnya ia adalah `fantasi sahaja' kerana beliau cakap tak serupa bikin.

Buktinya, adalah penderitaan penduduk di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Penduduk di kawasan berkenaan dikejutkan dengan kenaikan cukai taksiran untuk kediaman mereka sebanyak 400 peratus.

Bayangkan, tahun lepas mereka hanya perlu membayar sebanyak RM52.80 setahun tetapi tahun ini, jumlah bayaran itu meningkat sebanyak RM508.40. Dengan kenaikan yang begitu banyak, ia bukan sahaja tidak masuk akal malah membebankan rakyat.

Apa kejadahnya kenaikan sampai begitu banyak lagipun ia adalah kawasan Majlis Daerah, bukan Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya.

Walaupun MDKL memberi alasan kenaikan itu disebabkan oleh harga rumah yang sudah meningkat namun haruskan kenaikan sehingga 400 peratus?

Bukan itu sahaja, penduduk di situ juga mendakwa penyelenggaraan tidak dijalankan dengan sempurna, longkang tersumbat, sampah bertaburan dan pokok tidak dicantas. Jadi apabila kenaikan itu dibuat terlalu tinggi maka ia tidak selaras dengan perkhidmatan yang diberikan.

Melihat kepada rintihan penduduk ini, mana perginya janji Azmin yang juga Menteri Besar Selangor untuk memelihara kebajikan rakyat? Tahun lepas, sekitar bulan Oktober, rumah dua bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang telah dirobohkan.

Alasan yang diberikan oleh Azmin ialah tindakan roboh itu dilakukan mengikut undang-undang dan mahkamah. Sama seperti kes kenaikan cukai taksiran ini, apa-apa yang berlaku ada budi bicaranya.

Akhirnya kerajaan persekutuan terpaksa masuk campur dengan memberikan tawaran rumah PPR yang dilengkapi tiga buah bilik tidur dan dua bilik air berserta sebuah premis kedai bagi tujuan perniagaan.

Beza pula dengan kes penjual nasi lemak anak dara yang menjadi viral pada 2016. Hari ini kena saman dengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), esoknya, Azmin turun padang melawat gerai penjual nasi lemak itu.

Mungkin kenaikan 400 peratus itu tidak banyak bagi Azmin tetapi ia sangat besar kepada penduduk.

Baru-baru ini netizen telah mengira gaji yang diterima oleh Azmin selaku Menteri Besar iaitu sebanyak RM29,250 sebulan. Manakala bagi tugasnya sebagai Adun pula, beliau menerima gaji RM11,250, Ahli Parlimen (RM16,000) dan elaun Ahli Parlimen (RM5,000).

Jika beliau mengambil gaji-gaji berkenaan, maka Azmin menerima sebulan RM61,000. Sekarang bayangkan pula dengan penduduk di kawasan MDKL. Betapa mereka terpaksa menelan air liur untuk membayar cukai yang naik begitu banyak.

Apabila tidak pandai menguruskan kebajikan rakyat, maka inilah yang berlaku. Rakyat Selangor perlu tukar kerajaan PKR-DAP yang menguasai Selangor sekarang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB774, Jumaat
9 Februari 2018
Reactions: