Thursday, 8 February 2018

Kerana Kuat Hasut Dan Fitnah, Akhirnya Rafizi Ke Penjara


Fitnah dan Rafizi berpisah tiada. "Tagline" Rafizi yang terkenal adalah "kerja kita adalah menghasut".

Akhirnya semalam, mahkamah putuskan Rafizi bersalah dan kena penjara 30 bulan.

Tugas kita ialah menghasut, kita hasut rakyat tiap tiap hari suruh buang UMNO Barisan Nasional” kata Rafizi

“Nak menang, tukar kerajaan, memang tugas kita kena menghasut. Kita hasut rakyat tiap tiap hari untuk tukar Barisan Nasional, memang kita buat”

“Kita juga hasut Tun Mahathir, kita juga hasut menteri menteri dia, kita juga hasut orang orang lama” kata Rafizi.

Rafizi buat ucapan itu pada 13 Mac 2016, di Auditorium Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir, Berbaloikah Untuk Rakyat?”.

Hari ini, Rafizi yang kuat propa ini sudah ke penjara. Hasrat Rafizi untuk hasut Mahathir bagi meneruskan kerja kerja hasutan telah berjaya hari ini. Setiap hari ada sahaja, ucapan Mahathir yang berbentuk persepsi seperi Rafizi.

Sebut nama Rafizi Ramli, semua orang sudah tahu dia merupakan ahli politik pembangkang yang kuat propa. Malah sejak tahun 2013, beliau kerap naik turun mahkamah disebabkan kes saman fitnah terhadapnya.

Tahun lepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah minta Rafizi untuk bertaubat, tapi Naib Presiden PKR itu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi Awang kerana ingatkan beliau tentang dosa dan pahala.

Pada tahun yang sama juga, Rafizi mengejutkan rakyat Malaysia apabila mendakwa CEO syarikat pengurusan Expo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka adalah abang kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap expo berkenaan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Hanya kerana nama bapa sama, maka Rafizi anggap Raslan Dahlan adalah abang pada Abdul Rahman Dahlan. Selepas kena kecam, Rafizi akhirnya memadam bukti video fitnahnya itu.

Pada 2015 pula, PKR terpaksa meminta maaf di mahkamah kerana fitnah Rafizi terhadap Khalid Ibrahim berkaitan 91 muka surat 'Langkah Kajang'.

Pada 2016, Rafizi diarah bayar RM300,000 oleh mahkamah kerana fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tentang lembu dalam kondo.

Lebih tragis lagi, disebabkan fitnah Rafizi, seramai 3,954 pendeposit tabung haji telah ditutup akaun. Ini kerana mereka terpengaruh dengan Rafizi yang mendakwa tabung haji sudah ketiadaan duit.

Lebih malang, daripada jumlah itu, seramai 3,105 bakal jemaah haji telah membatalkan pendaftaran mereka untuk ibadah berkenaan.

Dan pada tahun ini, belum masuk dua bulan 2018 menjelma, Rafizi kembali jadi perhatian, Beliau dihukum oleh mahkamah dengan hukuman penjara selama 30 bulan dari tarikh sabitan.

Rafizi disabitkan kesalahan tuduhan mendedahkan penyata akaun bank NFC dan dua yang lain kepada media.

Sebelum itu Rafizi juga disabitkan kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dua tahun lalu.

Kes terhadap beliau belum habis lagi. Rafizi kini dalam perbicaraan lagi selepas didakwa bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, atas kesalahan fitnah jenayah. Beliau dituduh membuat tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Kalau dirujuk pada enjin pencarian Google, memang banyak lagi kes melibatkan Rafizi yang membuat tuduhan tidak betul. Dan jika nak disenaraikan memang banyak. Apa yang disenaraikan di atas adalah beberapa kes sahaja.

Jika ahli politik seperti ini, yang punyai rekod naik turun mahkamah dalam kes saman fitnah, maka secara automatik apa yang diperkatakannya itu jangan diterima bulat-bulat.

Dulu beliau begitu lantang `belasah' Mahathir, semua kekayaan anak Mahathir dan kroninya didedahkan oleh Rafizi, tetapi kini sudah berubah, boleh duduk sebelah lagi. Orang seperti inikah yang mahu kita percaya?

Bukti sudah ada. Mahkamah sudah jatuhkan hukuman, jadi terpulang kepada rakyat Malaysia untuk membuat penilaian terhadap beliau dan pembangkang lain. Jangan perjudikan nasib negara kepada mereka. Tolaklah pakatan fitnah ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB772, Khamis
8 Februari 2018
Reactions: