Wednesday, 28 March 2018

Kerajaan Negeri Selangor Cakap "Go To Hell' Kepada Pasukan Red Giant


Tindakan Exco Sukan Selangor, Amirudin Shari yang gagal mengawal emosi hingga terkeluar perkataan `go to hell' atau dalam bahasa kasar `pergi jahanam' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) menggambarkan perangai sebenar pemimpin Pakatan Harapan.

Bayangkan, mereka sanggup menuturkan perkataan itu dalam dewan yang mulia, semata-mata kerana gagal mengawal emosi. Lihat video "Go To Hell" itu di pautan ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1817053304981805&id=697192853634528
Kata-kata kesat itu dihamburkan oleh Amirudin selepas beliau ditanya mengenai mengenai Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

``Apabila buka pintu rundingan, surat terbaru yang saya terima daripada FAS, mereka tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi mahu berjumpa dengan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) untuk bincang.

"Mereka mahu gunakan ia sebagai modal politik dan serang kerajaan dan memburukkan kerajaan negeri. 'Go to hell' (Pergi jahanam) kepada mereka, kita ada pelan sendiri untuk bangunkan bola sepak," kata Amirudin.

Sedangkan sebelum ini, Badan Bertindak Penyokong Selangor (BBPS) telah menyerahkan memorandum mengandungi 15,000 tandatangan penyokong The Red Giants tetapi kepemimpinan Mohamed Azmin selaku Menteri Besar Selangor tetap tidak mempedulikannya dan sebaliknya dalam senyap-senyap menswastakan stadium tersebut.

Pasukan The Red Giants kini terpaksa bermain di Stadium Cheras sebagai gelanggang rasmi selepas tidak dibenarkan lagi bermain di Stadium Shah Alam oleh kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR.

Walau marah sekalipun, adab harus dijaga apatah lagi Amirudin adalah Exco negeri. Namun apabila sanggup mengeluarkan perkataan kasar dan kesat itu, ia adalah sesuatu yang amat dikesali.

Amiruddin menjawab demikian kerana berang dengan soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Budiman Mohd. Zohdi yang ingin tahu sampai bila kemelut bola sepak di Selangor akan berpanjangan.

Bukan hanya Budiman, penyokong pasukan Selangor juga ingin tahu, jadi jawablah secara berhemah serta menggunakan akal, bukan dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Bayangkan jika pihak yang mengeluarkan kata-kata kesat itu adalah daripada pemimpin BN, sudah pasti ia akan menjadi berita besar malah mungkin pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad akan turut memberikan komen.

Memang Mahathir akan sentiasa mencari peluang, justeru kalau situasi itu berlaku dikalangan pemimpin BN, beliau akan pasti mengambil kesempatan.

Itu baru ditanya mengenai isu sukan, Amiruddin sudah melenting.  Ia menunjukkan beliau tidak profesional dan cepat melatah. Jangan ikut macam Azmin sebelum ini yang tergamak meminta pasukan bola sepak Selangor main di padang pasir seperti pasukan kebangsaan Iraq.

Betapa ceteknya Azmin kerana walaupun Iraq dilanda perang, namun ia mempunyai 19 buah stadium bola sepak dengan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua. Ia digunakan digunakan sejak 6 November 1966.

Jadi kepada penyokong pasukan bola sepak Selangor, kalau sudah disuruh` go to hell' maka apa ditunggu lagi, lepas ni kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PKR pun eloklah `go to hell' juga.

Kalau isu bola sepak pun tak boleh selesaikan, apatah lagi isu lain yang lebih besar. Elok tukar sahaja kerajaan negeri Selangor.

Ini bukti jelas kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR dan DAP adalah kerajaan yang bongkak dan sombong. Semalam, Sultan Selangor pun murka kerana masalah air yang belum selesai.

Jadi rakyat Selangor tunggu apa lagi? Bila lagi hendak jahanamkan kerajaan PKR DAP yang bongkak ini. Inilah masanya.


Beruang Biru
Reactions: